Sunday, August 21, 2011

This is life, you gotta accept it


Aku tak faham dengan hati aku ni. Sekejap macam tu, sekejap macam ni. Mungkin aku masih kecil dan tidak sesuai untuk ber-feeling bagai ni. Rasa lawak pun ada. Tapi ni hakikat. Cinta tu macam dah sebati denga hidup aku. Tak complete rasa kalau cinta tu tiada. 16 December ni genap aku setahun single. Atau hakikatnya pada 13 Februari tahun depan, genap 2 tahun aku sendiri. Selama dengan bunkface, tak pernah sikit pun rasa aku ni girlfriend dia bila aku fikir-fikirkan balik. Haih apalah nasib -.-

BERHENTI LAH HUDA GELI AKU

Yeay kerja kursus sejarah baru nak start padahal kena hantar hujung Ogos ni! Great! Good Job, Huda :D Hahahaha boleh mati aku macam ni. Takpelah, at least dah start. Besok fotostat apa yang patut, then dekat sekolah seminggu ni draft pape yang patut. Cuti karang siapkan. Wow whattaaaaaaa kalau betul aku boleh ikut schedule memang gempak lah haha tapi aku tahu hakikatnya nanti macam mana. Baiklah, doakan yang elok-elok sahaja okay.

Ye, besok seperti biasa saya akan kembali ke asrama. Hehe takpe, seminggu je lepastu cuti rayaa weh ;D Malangnya, tak dapat den nak raya sakan. Almaklumlah, masih bergelar pelajar memang gini lah gayanya. Lagipun PAT lepas raya, so silalah mengadap buku ya cik Huda sayang. Kata nak naik kelas kan? Yalah, tapi cuak jugak kalau naik Intan sebab semua budak pandai kalau nak dibandingkan dengan aku ni apalah sangat. *jangan bajet kau dapat naik kelas boleh tak?

Okay seperti yang awak semua lihat, saya sudah mempunyai kepala ngehehe baru lepas download ADOBE PHOTOSHOP PORTABLE CS5 babe <3 Mana tak excitednyewwwwwwwwwwwwww ~ Lepastu download font segala bagai, maka jadilah seperti di atas. Mula-mula tension okay sebab dah lama tak download font terus lupa macam mana nak download. Dan akhirnya setelah digodek-godek, dapatlah juga install :) Header buat masa sekarang sangat simple kerana ketiadaan idea.

Harap maaf. Takpe, ada masa gua edit baaaaaaaaik punyaaa ;D Eh rindunya nak bahasakan diri GUA <3 Okay, till here baby. Gotta sleep. Besok nak bangun sahur akan terliat-liatlah budak perempuan ini ya kasihan ibu terpaksa menarik saya hihi night fellas :)

0 comments:

Post a Comment